Feb
20

Tips Ringkas : 5 Panduan Bagaimana Bakal Pengantin Memilih Jurufoto Kahwin Yang Betul?

Sejak akhir-akhir ini industri fotografi perkahwinan Malaysia telah digemparkan dengan beberapa berita yang tidak disenangi seperti jurufoto yang menipu pelanggan, pelanggan menyaman jurufoto dan pelbagai isu berkenaan. Perkara-perkara seperti ini serba sedikit menjejaskan industri fotografi perkahwinan yang mana kepercayaan bakal pengantin atau pelanggan akan berkurang. Dalam isu ini, pengantin perlu lebih bijak memilih jurufoto perkahwinan mereka berlandaskan beberapa panduan seperti berikut;

1) Cari jurufoto yang mempunyai syarikat berdaftar dengan SSM tidak kira jurufoto sepenuh masa atau separuh masa. Jurufoto dengan syarikat sendiri lebih serius dalam menjalankan perniagaan mereka.

2) Lihat dan kaji laman web rasmi atau blog jurufoto yang berkenaan dan pastikan maklumat yang dinyatakan boleh dipercayai. Pastikan juga laman web atau blog mereka ini selalu dikemaskini dan bukannya blog lama yang ditinggalkan.

3) Tambah Facebook bakal jurufoto sebagai rakan dan lihat gambar wajah mereka yang sebenar. Ini kerana kepercayaan akan bertambah jika terdapat banyak wajah pemilik Facebook berbanding hanya gambar benda bukan hidup seperti duit & produk.

4) Selain harga pakej yang dibincangkan, pastikan bakal jurufoto mempunyai terma & syarat yang jelas dan difahami oleh pelanggan. Terma & syarat akan membantu bakal pengantin memahami aliran proses sepanjang perkhidmatan diberikan.

5) Bertanya dan dengar cadangan (recommendation) dari rakan-rakan atau ahli keluarga, jurufoto mana yang bagus untuk diupah. Testimoni dari orang yang pernah menggunakan khidmat jurufoto tersebut adalah lebih baik untuk bakal pengantin.

Panduan ini bukan hanya sesuai untuk bakal pengantin malah kepada semua jurufoto kahwin yang menjalankan perniagaan diluar sana. Pastikan jurufoto kahwin membuat persiapan selengkap-lengkapnya sebelum berurusan dengan pelanggan. Sediakan laman web, blog & Facebook yang betul-betul menunjukkan anda sebagai jurufoto yang boleh dipercayai. Jangan lupa untuk mempamerkan hasil kerja sebenar anda seperti album perkahwinan dan menjalankan tugas dengan jujur. Semoga sama-sama akan memperolehi kebaikan!

Jika anda suka artikel ini, sila kongsikan ke media sosial seperti dibawah;

Feb
10

Photobook – Revolusi Album Perkahwinan Untuk Pengantin

photobook album perkahwinan

Perkhidmatan fotografi perkahwinan sangat mementingkan hasil kerja yang berkualiti untuk dipersembahkan kepada pengantin. Output yang diberikan kepada pelanggan selalunya berbentuk album yang mengandungi gambar-gambar yang telah diambil. Gambar-gambar yang diletakkan di dalam album selalunya telah dipilih oleh jurufoto atau pengantin. Jika dahulu, album poket sangat terkenal dimana gambar-gambar yang dicetak dengan saiz maksimum 3R dimasukkan ke dalam sarung yang disediakan khas pada album. Selepas itu, evolusi album perkahwinan berubah dari masa ke semasa.

Awal tahun 2000 merupakan tahun awal dimana pelanggan sudah mula mencetak gambar dengan saiz minimum 4R dari yang biasa, 3R. Pengantin dan jurufoto pula mula menggunakan album sticky iaitu istilah bagi album yang mempunyai pelekat khas untuk menampal gambar. Berbeza dengan album poket, album sticky membenarkan kita meletakkan gambar dengan lebih kreatif. Album poket semakin hilang popularitinya dan hanya digunakan untuk menyimpan gambar-gambar biasa. Album sticky mempunyai satu kelemahan iaitu kertasnya lama-kelamaan akan beruap dan mencacatkan gambar.

Beberapa tahu kemudian, album storybook atau custom album pula diperkenalkan. Custom album sangat menarik kerana bahan cetakan yang digunakan lebih baik kualitinya berbanding sticky album. Gambar-gambarnya telah direkabentuk terlebih dahulu menggunakan perisian computer dan kemudiannya dicetak. Gambar yang dicetak itu dilaminate dan kalis air kemudiannya dilekatkan keatas alas yang tebal. Kulit album juga direkabentuk dengan menarik dan menjadikan album ini kelihatan eksklusif. Selalunya satu custom album terdapat lebih kurang 60-80 gambar dengan 20 mukasurat.

photobook album perkahwinan

Terkini, album yang dipanggil photobook pula telah mula mendapat tempat dihati pengantin dan banyak ditawarkan dalam pakej perkhidmatan fotografi. Jika custom album menggunakan kertas yang tebal tetapi photobook menggunakan kertas yang lebih nipis tetapi masih berkualiti seperti kertas-kertas majalah. Muka suratnya pula lebih banyak iaitu 40 helai tetapi gambarnya disusun tidak terlalu banyak dalam satu mukasurat. Ada mukasurat yang mempunyai 1 hingga 3 gambar sahaja dimana ia memfokus kepada kekuatan gambar lebih-lebih lagi jika dicetak dengan saiz yang besar.

Apapun jenis album perkahwinan yang ditawarkan oleh jurufoto, terpulang kepada pengantin untuk membuat pilihan. Jika pengantin yang mempunyai bajet rendah, mereka boleh memilih pakej sticky album. Bagi pengantin yang suka banyak gambar diletakkan dalam satu mukasurat mungkin mereka boleh mengambil pakej custom album. Manakala pengantin yang inginkan sesuatu yang lebih eksklusif dan nilai seni yang tinggi maka photobook pilihan yang sesuai. Album perkahwinan akan disimpan dalam tempoh yang lama, oleh itu buatlah pilihan yang baik agar anak cucu anda masih boleh menghayatinya.

Nota : Kami akan menganjurkan Bengkel 3Photo (Photo Editing : Photobook : Photoshop) di Johor Bahru pada 26 Februari nanti. Inilah peluang anda untuk mempelajari cara membuat photobook. Klik DISINI untuk maklumat lanjut dan mendaftar atau DISINI untuk menambah modul anda sendiri. Teruskan menyokong usaha kami memberikan maklumat kepada mereka yang ingin mengetahui mengenai bidang perniagaan fotografi perkahwinan! Terima kasih.

Feb
01

Bengkel 3Photo (Photo Editing : Photobook : Photoshop) di JB

Ketahui banyak teknik, cara & rahsia dalam mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop dengan modul dalam bahasa melayu.

*Bengkel Adobe Photoshop NahamPhoto yang sudah dijalankan lebih 3 tahun ini telah banyak memberi pengetahuan mengenai photo editing kepada peserta-peserta sekitar Johor Bahru & Mersing. Lebih menarik lagi kali ini peserta boleh memilih sendiri modul yang diingini!

iklan bengkel photo editing NahamPhoto di Johor Bahru

Tarikh : 26 Februari 2012 (Ahad)

Tempat : Bilik Seminar, Aras 1 Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan Datin Halimah, Larkin

Pengajar : Akmal Rafie & Harris Reds

APAKAH OBJEKTIF BENGKEL?

1) Memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar serta cara mencipta templat photobook.

2) Memberikan idea untuk peserta mengedit imej atau foto seterusnya dimasukan kedalam  templat photobook agar kelihatan lebih eksklusif.

3) Menajamkan kemahiran dalam mengedit gambar untuk mendapatkan hasil editing yang kontemporari dan hasil editing yang keluar dari kotak kebiasaan.

APAKAH SYARAT PENYERTAAN?

1) Berumur 18 tahun keatas.

2) Sesuai bagi mereka yang baru dalam bidang fotografi perkahwinan dan masih baru dengan photobook.

3) Mempunyai minat yang tinggi dalam bidang photo editing tidak kira sebagai hobi mahupun kerjaya.

ALATAN YANG PERLU DIBAWA?

1) DIWAJIBKAN membawa laptop sendiri yang siap dipasang perisian Adobe Photoshop CS3 keatas.

2) Digalakkan membawa contoh-contoh gambar yang ingin diedit.

APAKAH KEISTIMEWAAN BENGKEL?

1) Dijalankan dalam suasana santai & mudah difahami kerana menggunakan modul bahasa melayu.

2) Yuran yang berpatutan dan berbaloi dengan ilmu serta pemberian yang diperolehi.

3) Lokasi pembelajaran menarik dan berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan.

GAMBAR BENGKEL YANG LEPAS?

bengkel asas photoshop nahamphoto 2009 di johor bahru

bengkel asas photoshop nahamphoto 2009 di johor bahru

Tahun 2009 Di Institut Teknologi Perindustrian YPJ, Johor Bahru

bengkel asas photoshop nahamphoto 2011 di johor bahruTahun 2010 Di Wisma YPJ Holdings,  Johor Bahru

APA KATA BEKAS PESERTA?

“Program ini adalah sangat berkesan kepada mereka yang ingin tahu tentang photoshop” – Diana Hairulpeserta bengkel photoshop nahamphoto

 

peserta bengkel photoshop nahamphoto“Memenuhi apa yang diharapkan sebelum menghadiri kursus asas photoshop” – Hayatun

“Kursus yang baik dan banyak ilmu pengetahuan. Harap mendapat lebih banyak pendedahan selepas ini”. – Fakhrul

APA KATA PENGAJAR?

akmalrafienahamphoto

Photo editing sangat menarik jika ia datang dari hati. Timbulkan rasa minat dalam diri masing-masing dan pelajari cara-cara mengedit gambar. Hasilnya nanti pasti tidak ternilai. Dalam photo editing juga memerlukan anda mempunyai identiti tersendiri supaya tidak sama dengan orang lain. Semoga dapat berjumpa dalam bengkel nanti!

Akmal Rafie

Junior Photographer & Photo Editor

NahamPhoto.com

PERJALANAN BENGKEL?

Berikut merupakan aturcara bengkel yang akan dijalankan. Makan tengahari tidak disediakan tetapi anda boleh keluar dikawasan berhampiran untuk makan tengahari. Ruangan untuk solat ada disediakan dilokasi bengkel.

08.30 am – Pendaftaran

09.00 am – Pengenalan, Sesi 1

10.45 am – Rehat

11.00 am – Sesi 2

12.30 am – Rehat, Makan Tengahari, Solat

02.00 pm – Sesi 3

04.00 pm – Aktiviti & Rumusan

06.00 pm – Group Photo & Bersurai

MODUL YANG TERKANDUNG?

Berikut merupakan modul-modul yang terkandung dalam bengkel ini. Modul ini akan dipersembahkan dalam bentuk presentation dan peserta akan terus mempraktikkan dalam laptop masing-masing.

1)   Pengenalan Foto Editing

a.  Mengenali tool-tool penting di dalam Adobe Photoshop

b. Menetapkan image size, resolution yang sesuai

c. Jenis-jenis selection & feather

d. Apa itu layer & blending

e. Adjustment : level, curves, hue & saturation

f. Shortcut-shortcut yang selalu digunakan

2)   Teknik Foto editing (Sesi 2)

a. Mengenali cara menggunakan tools tersebut untuk menghasilkan efek yang cantik.

b.  Mengenali warna serta tone sesuai dengan photo editing

c. Cara menghasilkan foto bersama texture dan bokeh.

d. Cara menggunakan high pass untuk perbaiki foto asal.

e. Cara menggunakan efek yang terdapat di dalam Adobe Photoshop.

f. Cara membetulkan warna dalam gambar.

3)   Teknik Membuat Photobook (Sesi 3)

a.   Teknik mencipta layout untuk photobook.

b.   Teknik guna adobe photoshop untuk tone dan membentuk cerita pada photobook.

c.   Menyusun atur foto dalam photobook.

d. Cara untuk cetak dan menghasilkan photobook.

TAMBAHAN! ANDA BOLEH MEMILIH MODUL ANDA SENDIRI (BERKENAAN PHOTOSHOP) DENGAN MENGISI MAKLUMAT DISINI!

DIMANA LOKASI BENGKEL?

Perpustakaan Sultan Ismail

Klik DISINI untuk melihat kedudukan peta dalam google maps.

PENTING!

PASTIKAN LAPTOP ANDA TIDAK MEMPUNYAI MASALAH DAN TELAH DIPASANG DENGAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP CS3 KEATAS UNTUK MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN.

BERAPAKAH YURAN PENYERTAAN?

Yuran penyertaan untuk bengkel ini adalah RM300 seorang.

DAFTAR SEKARANG & DAPATKAN 4 PEMBERIAN PERCUMA BERNILAI RM100!

Kami akan memberikan 4 pemberian PERCUMA kepada anda yang mendaftar dalam bengkel ini. Pemberian percuma tersebut adalah;

PERCUMA #1 : Nota Photo Editing (Bernilai RM30)

Selain presentation bengkel yang boleh disalin ke dalam pendrive, kami juga memberikan nota berwarna berkenaan dengan Photo Editing dalam bahasa melayu kepada anda.

PERCUMA #2 : CD Kompilasi Fail PSD Photo Editing (Bernilai RM20)

Kami akan memberikan kompilasi fail-fail PSD berkenaan photo editing untuk rujukan anda dirumah. Ia dapat membantu anda mengedit gambar dengan mudah

PERCUMA #3 : T-Shirt Photo Editor (Bernilai RM30)

Semua peserta yang mendaftar akan mendapat t-shirt eksklusif yang boleh dijadikan sebagai cenderahati menyertai bengkel ini.

PERCUMA #4 : Voucher Mencetak Photobook (Bernilai RM20)

Peserta akan mendapat voucher diskaun bernilai RM20 untuk mencetak photobook yang telah siap rekabentuknya melalui wakil kami dalam tahun 2012.

BAGAIMANA DENGAN JAMINAN?

100guarantee Sekiranya semasa anda menghadiri sesi ke-2 bengkel ini (sebelum rehat tengahari) dan anda dapati ianya tidak berbaloi dengan wang ringgit yang anda berikan serta anda tidak berpuas hati, sila beritahu kami pada waktu rehat. Sila pulangkan semua nota dan bahan-bahan yang telah diberikan dan kami akan pulangkan 100% wang anda - tanpa soal. Kami tidak mahu wang anda sekiranya anda tidak berpuas hati. Itu adalah jaminan & risiko yang diambil oleh pihak kami.

TEMPAH SEKARANG SUPAYA ANDA TIDAK AKAN TERLEPAS MENYERTAINYA!

Tempat hanya eksklusif kepada 15 orang   3 orang sahaja!

Tarikh tutup pendaftaran : 25 FEBRUARI 2012

BAGAIMANA CARA BAYARAN?

Kami menyediakan 2 cara bayaran untuk menyertai bengkel ini. Sila pilih salah SATU dari cara pembayaran yang diberikan dibawah;

1) Untuk pembayaran (RM300) menggunakan KAD KREDIT

BENGKEL PHOTO EDITING akan tersiar di penyata kad kredit anda untuk menggambarkan bayaran ini.

Jumlah bayaran adalah RM300.00

Sistem pembayaran online kami adalah 100% selamat menggunakan secure server. Kami menerima bayaran melalui Mastercard dan Visa. Klik butang BUY NOW dibawah untuk membuat pembayaran deposit menggunakan kad kredit anda:

 

2) Untuk pembayaran (RM300) menggunakan BANK-IN/ MESIN ATM/ ONLINE TRANSFER

Berikut adalah maklumat pembayaran yang diperlukan;

Bank: Maybank

Nombor Akaun : 5013 4720 2731

Nama: Naham Photo Enterprise

Nombor Pendaftaran Syarikat: 0479588T

Jumlah: RM300.00

*Nota: Untuk online banking, walaupun kami menggunakan Maybank, anda masih boleh lakukan bayaran menggunakan perkhidmatan online banking lain seperti CIMB, Public bank, HSBC, RHB dan sebagainya terus ke akaun Maybank kami. Hanya sedikit caj tambahan akan dikenakan oleh pihak bank.

Jika pembayaran telah dibuat, sila isikan borang dibawah untuk pengesahan. Kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam untuk PENGESAHAN bayaran anda telah diterima.


Nama:
E-mel:
No. Telefon Bimbit:
Kaedah Bayaran: Kad Kredit
ATM
Bank-in (Kaunter)
Online Transfer
Bank Anda (Maybank, CIMB, Mastercard dll):
No. Transaksi/ Referrence Number:
Tarikh Bengkel/ Kursus:
Saiz T-Shirt:
Lain-Lain Maklumat:

 

BAGAIMANA JIKA ANDA TIDAK DAPAT HADIR PADA HARI BENGKEL?

Anda boleh mencari wakil untuk menggantikan tempat anda sama ada ahli keluarga atau kenalan anda. Dengan menggantikan tempat anda, tiada kos tambahan dikenakan. Anda perlu memberitahu kami terlebih awal sekurang-kurangnya 3 hari sebelum bengkel sekiranya tempat anda diwakilkan. Nama, e-mail dan nombor handphone wakil atau pengganti perlu disertakan.

iklan bengkel photo editing NahamPhoto di Johor Bahru

Tarikh : 26 Februari 2012 (Ahad)

Tempat : Bilik Seminar, Aras 1 Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan Datin Halimah, Larkin

Pengajar : Akmal Rafie & Harris Reds

SEBARANG PERTANYAAN LANJUT?

Sila SMS : 013-744 3734 (Reds) ATAU E-mail : info@nahamphoto.com

Anda juga boleh LIKE Facebook kami DISINI untuk interaksi dua hala.

PINDAAN

Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.

Kongsikan maklumat ini dengan klik butang-butang media sosial dibawah!

Jan
30

Laporan Bengkel 7 Jam Belajar Cara Menggunakan Kamera DSLR

bengkel asas fotografi nahamphoto 2012

Jadual latihan tahun 2012 dimulakan dengan satu bengkel asas fotografi digital yang lebih mengutamakan cara-cara menggunakan kamera DSLR. Bengkel ini telah dijalankan di Akademi Binaan Malaysia (ABM), Wilayah Selatan selama satu hari. Modul kali ini sangat berbeza dengan bengkel-bengkel asas fotografi sebelum ini kerana ia mementingkan cara menggunakan kamera DSLR dengan mengenali butang-butang utama yang selalu digunakan untuk mengambil gambar selain teknik-teknik utama fotografi.

Bengkel belajar cara menggunakan kamera DSLR ini telah dihadiri oleh 19 orang peserta yang datang dari Johor Bahru dan kawasan sekitarnya. Terima kasih diucapkan kepada saudara Zamri, Helan, Hishammuddin, Rizal, Norhadi, Nizam, Paizal, Khairul, Hishamudin, Hazwan, Fadzlee, Naufal, Hafizi & Maulazi. Tidak lupa juga kepada peserta wanita iaitu Badriyyah, Mardziah, Maria, Sirun & Amalina yang sama-sama bersemangat untuk menuntut ilmu dengan kami dan peserta lain.

*credit gambar oleh Muhamad Adib Aini

Walaupun segala perancangan telah disusun rapi namun pada hari bengkel cabaran telah datang dimana kelas kami telah blackout sepanjang hari. Mujur kami telah membuat ‘backup plan’ dimana modul telah sempat dimasukkan ke internet dan juga tablet yang digunakan oleh pengajar. Peserta pula dapat belajar lebih melalui praktikal di luar kelas berbanding belajar teori sahaja. Mereka dapat bertanya secara lansung melalui latihan yang diberikan yang mana lebih mudah untuk difahami.

Sesi praktikal pula telah memperkenalkan model yang baru pertama kali mencari pengalaman bidang modeling iaitu Choi Ryah. Walaupun masih baru namun model yang lebih senang dipanggil Choi ini mudah mengikut arahan-arahan yang diberikan. Peserta pula telah diajar cara mengambil gambar portraiture dan kepentingan cahaya yang memainkan peranan penting pada gambar. Selain itu, peserta juga diajar dengan pelbagai teknik menggunakan DSLR dan juga komposisi yang menarik.

bengkel_asas_fotografi_nahamphoto12012(3)

Rumusannya, kami sangat berpuashati dengan penglibatan peserta pada bengkel kali ini. Boleh dikatakan ia adalah sesi yang terbaik pernah dijalankan selama 3 tahun kami menjalankan program latihan. Walaupun jumlah peserta yang ramai, kehadiran 4 orang facilitator telah banyak membantu proses pembelajaran. Terima kasih diucapkan kepada Akmal, Afique, Johan & Asrul yang telah membantu. Semoga peserta dapat menggunakan ilmu yang ada untuk kebaikan dan seterusnya berjaya!

HARRIS FADZILAH RAHMAT
Founder/ Photographer
NahamPhoto – Perniagaan Fotografi Perkahwinan
+6013 744 3734 (HP)
harrisfadzilah@gmail.com
www.nahamphoto.com

Older posts «

Switch to our mobile site

  • RSS
  • Facebook
  • Google+
  • Twitter
  • Flickr
  • YouTube