Disini kami ingin kongsikan 4 formula bagaimana jurufoto perkahwinan boleh bersaing dalam perniagaan seterusnya dapat menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya utama. Formula ini berdasarkan pengalaman kami sendiri. Mungkin tidak semua yang boleh menerimanya tetapi kami hanya cuba memberikan yang termampu untuk inspirasi kepada mereka yang berkenaan. Kami namakan formula ini sebagai N.I.K.U.
1) Nama
Penting untuk sesuatu bisnes untuk mempunyai nama yang akan dikenali oleh pelanggan. Pemilihan nama adalah salah satu kunci bagaimana bisnes anda mampu bermain dibibir bakal-bakal pelanggan. Nama yang sesuai perlu dipilih dan menggambarkan bisnes anda seperti NahamPhoto, yang jelas menggunakan photo untuk menunjukkan yang ia menjalankan bisnes fotografi.
Jurufoto juga perlu bijak menaikkan nama bisnes mereka dengan menyertai komuniti-komuniti tertentu, bergaul dengan orang ramai serta membina rangkaian yang besar. Pemasaran juga memainkan peranan penting untuk menaikkan nama perniagaan anda dengan mencetak kad, flyer, iklan dan pelbagai kaedah lain. Jika nama perniagaan anda sudah mula diperkatakan bermakna anda sudah selangkah untuk berjaya
2) Ilmu
Dalam apa jua bidang, ilmu adalah penting. Jika anda tidak mempunyai ilmu dalam bidang yang diceburi nescaya anda tidak akan bertahan lama. Begitu juga dengan jurufoto perkahwinan, mereka bukan sahaja perlu mempunyai ilmu dalam fotografi malah juga perlu mahir dalam selok-belok perniagaan, pemasaran dan komunikasi. Jangan kedekut untuk mengeluarkan wang bagi pelaburan ilmu. Insya Allah ia akan berbaloi.
3) Konsisten
Apabila sudah mempunyai nama & ilmu, jurufoto kahwin perlu konsisten dalam menjalankan perniagaan. Mereka perlu sentiasa positif, tidak mudah putus asa dan mempunyai pelbagai perancangan. Ramai usahawan yang gagal disebabkan hanya bersemangat pada garis permulaan sahaja. Apabila hendak mencapai ke garisan penamat, ada yang telah berhenti atau menarik diri. Perkara sebegini perlu dielakkan dalam bisnes.
Usaha
Akhir sekali, jurufoto perkahwinan perlu berusaha keras untuk mempertahankan perniagaan mereka. Mereka perlu bijak memikirkan strategi dan perancangan bisnes untuk jangkamasa panjang dan pendek. Susun jadual dan melaksanakan apa yang telah dirancang sebaik mungkin adalah perkara yang perlu dilakukan. Walaupun hanya bergerak perlahan, jadikan perniagaan anda semakin baik dari masa ke semasa.
Jika anda rasa artikel ini memberi inspirasi kepada anda, jangan lupa untuk mengundi kami di DiGi WWWOW Award dengan klik DISINI. Sila kongsikan juga artikel ini ke media sosial seperti dibawah;









Komen Terbaru